Saham merupakan pecahan, bahagian, atau peruntukan yang tertentu dari satu jumlah pemilikan. Saham juga biasanya dikaitkan dengan pemilikan mutlak oleh syarikat sebagai sebuah entiti ekonomi yang kekal. Ramai lagi yang masih tidak tahu tentang Pelaburan Saham. Rata-rata mengganggap yang ianya sebagai satu pelaburan yang akan menyebabkan kerugian. Ya memang benar, ianya akan mengalami kerugian apabila melabur tanpa ilmu. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelabur baru dalam pelaburan saham antaranya:
- Tidak tahu langsung apa itu saham sedangkan ia sudah wujud hampir 100 tahun di Malaysia.
- Takut akan alami kerugian yang besar.
- Tidak tahu mahu mula melabur di syarikat yang mana.
- Anggap pelaburan saham memerlukan modal besar hingga puluhan ribu ringgit.
- Menganggap pelaburan saham untuk orang kaya sahaja sedangkan ASB & Tabung Haji juga melabur di kaunter Bursa Malaysia.
- Takut nak buka akaun saham & anggap ia macam susah jer!
Oleh yang demikian, di sini saya tegaskan bahawa dalam membahagikan kewangan secara cekap cara terbaik adalah dengan memikirkan jangkaan pada masa yang akan datang. Oleh itu, kita perlu melabur sedikit demi menampung kewangan pada masa hadapan agar tidak terus terjatuh maka pelaburan saham adalah jalan yang boleh di pilih demi masa hadapan yang gemilang. Sebelum memulakan pelaburan anda,saya nasihatkan agar mencari ilmu dahulu sebelum memulakan sesuatu tindakan. Di sini saya rungkaikan bagaimana strategi pelaburan dan pada waktu bila perlunya melabur.
Terdapat pelbagai strategi yang boleh di ambil sekiranya saham itu berlaku dalam pelbagai situasi. Di sini, saya hanya merungkai sekiranya saham itu berlaku dalam situasi yang tidak menentu. Strategi pertama yang perlu di lakukan adalah mengkaji saham di pasaran dan mengelaskannya kepada beberapa bahagian seperti berikut :
- Saham mewah. Iaitu saham yang merekodkan pencapaian yang cemerlang. Saham ini melambangkan mutu dan nilainya walaupun ia tidak begitu mahal. Sebagai contoh Sime Darby, Telekom, dan Blue chip.
- Saham pertumbuhan. Ini ialah saham yang mempunyai potensi peningkatan nilai. Syarikat sebegini berkembang dengan pesat dalam jualan dan keuntungannya. Biasanya kadar perkembangannya lebih pesat daripada kadar perkembangan ekonomi. Sebagai contoh, Sapura, Shapadu dan Hicom.
- Saham bertahan. Saham ini ialah saham yang dapat bertahan daripada kemelesetan atau sebarang kesan negatif kitaran ekonomi. Sebagai contoh, syarikat yang berasaskan kepada makanan dan minuman.
- Saham berkitar. Iaitu saham yang harganya turun naik mengikut keadaan ekonomi semasa sama ada ekonomi dalaman ataupun ekonomi luaran. Sebagai contoh sahamnya ialah syarikat UMW, YTL dan Bandar Raya umpanya adalah dikelaskan dalam saham seperti ini.
- Saham spekulatif. Iaitu saham yang tidak menunjukkan susunannya yang teratur. Saham seperti ini biasaya di pengaruhi oleh sentiman pasaran atau kegiatan stokis yang membuat pasaran palsu ke atasnya. Ianya juga menjadi turun naik adalah di sebabkan berita angin yang di sebarkan di pasaran.
Strategi melabur perlulah disesuaikan dengan jenis saham di atas dan matlamat pelaburan kita. Saham mewah adalah untuk golongan pelabur yang memerlukan pulangan dalam bentuk dividen yang mantap dan berterusan. Secara umumnya golongan bumiputera adalah lebih baik melabur dalam amanah saham untuk mendapatkan pulangan dividen yang kukuh dan berterusan. Saham berkitar pula saham yang baik di laburkan oleh golongan profesional dan mereka mempunyai peluang untuk kemaskini tentang pasaran ekonomi Malaysia dan ekonomi luar negeri serta dapat memproses bagi menjangkakan arahnya.
Kesimpulannya, sebagai strategi umum kepada pelabur kecil, kita perlulah mula dengan membeli satu set buku laporan tahunan syarikat keluaran pasaran saham. Kita kemudian perlulah menganalisis setiap syarikat dan cuba mengelaskan syarikat-syarikat yang tersenarai kepada lima kelas tersebut. Setelah mengkelaskannya kita perlulah menganalisis kewangan mereka. Analisis yang utama ialah analisis perundingan harga pasaran dengan keuntungan syarikat. Angka ini akan menjadi faktor utama dalam pemilihan saham dan penentuan pasaran untuk melabur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan