Maka skop kita di Malaysia, kita boleh bandingkan antara dua perbankan ini, iaitu :
- Perbankan Konvensional
- Perbankan Islam
Jadi, apakah bezanya?
Mari kita lihat dari satu sudut yang amat jelas
perbezaannya iaitu RIBA. Apa pula itu RIBA? Riba dari sudut bahasa
bermaksud bertambah dan berkembang. Dari sudut istilahnya ialah menurut
kajian Dr. Zaharuddin Abdul Rahman di dalam bukunya "Wang anda &
Islam : Halal dan haram dalam kewangan dan perbankan" :
Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada
konsep dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip
syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba,
gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan,
ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem
kewangan konvensional pula adalah sebaliknya.
Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad
yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA),
Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Manakala sistem kewangan
konvensional pula operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah
dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem pinjaman
yang berteraskan riba.
الزيادة في اشياء خاصة والزيادة على الدين مقابل الاجل مطلقا
Ertinya : "Sebarang penambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh"
Riba adalah antara amalan yang dijalankan di dalam perbankan
konvensional. Itulah yang membezakan ia dengan bank Islam. Sumber
pendapatan bank konvensional adalah melalui amalan RIBA atau faedah atau
interest. Dan bank Islam telah menolak konsep riba daripada diamalkan di dalam sistem perbankan Islam. Dan sesusungguhnya Allah telah mengharamkan riba melaui firmannya :
واحل الله البيع وحرم الربا
Maksudnya : "...dan Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba..." (surah al-Baqarah : 275)
Namun, sangat dukacita kerana ramai di antara kita yang masih memandang
remeh tentang RIBA. Banyak agama lain turut mengharamkan riba kerana
ketidakadilan dan menindas penggunanya. Moga kita sama-sama menjauhkan
diri daripada amalan keji ini. Di bawah ini, saya tujukan beberapa
perbezaan bank konvensional dan bank islam secara ringkas. Moga
membantu.
- PERBEZAAN ANTARA BANK KONVENSIONAL DAN BANK ISLAM
Perbankan Konvensional
|
Perbankan Islam
|
Fungsi dan operasinya didasari oleh prinsip yang dicipta oleh akal manusia “man-made principles”.
|
Fungsi dan operasinya dipastikan sebaik mungkin untuk mengikut prinsip Al-Quran dan As-Sunnah.
|
Mengamalkan sistem pemberian pinjaman wang kepada pelanggan dengan dikenakan faedah (interest) yang berganda.
|
Mengamalkan transaksi jual beli atau sewa asset, bukan akad pinjaman wang.
|
Dalam produk pelaburannya, pelabur dijanjikan dengan kadar faedah tetap.
|
Dalam produk pelaburannya, pelabur dan bank Islam akan berkongsi untung rugi, tiada kadar keuntungan yang tetap.
|
Mensasarkan keuntungan tanpa sebarang had batasan agama dan moral.
|
Mensasarkan keuntungan berdasarkan prinsip Islam dan menjaga manfaat masayarakat sejagat.
|
Mengenakan tambahan wang penalti ke atas pinjaman jika lambat bayar.
|
Mengenakan wang compensation ke atas kelewatan tapi wang itu tidak dimasukkan ke dalam pendapatan bank, sebaliknya disalurkan terus kepada kebajikan.
|
Memperoleh pendapatan melalui kadar tetap faedah (fixed interest) yang dikenakan kepada pelanggan. Jelas bahawa ia adalah RIBA.
|
Memperoleh pendapatan melalui konsep kongsi untung dan rugi bersama pelanggan.
|
Tidak melibatkan pembayaran zakat.
|
Melibatkan dan menyediakan proses pembayaran zakat.
|
Hubungan bank dan pelanggan adalah pemberi pinjam dan peminjam.
|
Hubungan bank dan pelanggan adalah penjual, pembeli atau rakan kongsi.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan